Contoh Karangan SPM : Rasuah duri dalam daging

By Aaronn Avit - February 17, 2016

Rasuah didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhi seseorang supaya memenuhi keinginannya. Menurut sejarah Jepun, rasuah mula diperkatakan pada era Edo (1603-1868) yang diistilahkan sebagai “Sidepnoshito” yang bermaksud wang dari bawah meja. Apabila disebut sahaja rasuah, terbayanglah kepada kita dua puhak iaitu yang memberi dan yang menerima. Menyedari betapa seriousnya keadaan ini, Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, berikrar untuk membanteras perbuatan rasuah sehingga ke akar umbi. Hal ini demikian kerana, rasuah umpama barah yang akan meruntuhkan negara jika tidak dibendung dengan segera. Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan seseorang individu mudah terlibat dengan rasuah dan implikasinya kepada semua pihak?

Antara faktor berlakunya rasuah adalah kepimpinan seseorang individu yang lemah. Individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka mudah digosok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pengkat. Malajh sejarah juga telah membuktikan bahawa bekas presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuahnya dalam skandal “water gate”. Ada kalanya penerima rasuah dianggap sebagai “Kerbau dicucuk hidungnya” dan mudah patuh dengan kehendak pemberi rasuah. Akibatnya, amalan rasuah menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi yang berkenaan.

Pada masa yang sama, kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya perbuatan rasuah dalam masyarakat kita. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa rasa bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Tuhan serta balasannya dama ada di dunia ataupun pada hari akhirat.

Disamping itu, amalan rasuah turut meninggalkan pelbagai kesan. Jika amalan rasuah tidak dicegah, kesan-kesan negative akan terus merebak kepada individu, masyarakat mahupun negara. Individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat. Keluarga mereka juga dicemuh dan dipulaukan oleh jiran-jiran. Apabila seseorang menjadikan rasuah sebagai amalan biasa, sudah tentulah amalan ini akan merebak dan mempengaruhi orang lain. Oleh itu, rasuah perlu dibanteras segera supaya tidak memberi kesan yang buruk terhadap system pentadbiran dan social negara. Masyarakat perlu mengambil sikap berwaspada agar perbuatan rasuah tidak menjadi “barah” dalam masyarakat.

Hakikatnya, jika perbuatan rasuah tidak dibendung, kehidupan masyarakat dan birokrasi system pemerintahan akan terganggu dan sekali gus menyebabkan imej negara pada mata dunia tercalar. Seluruh masyarakat, bangsa dan negara akan menjadi kucar-kacir dan hancur seperti yang pernah berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia seperti di Mesir dan Mesopotamia. Natijahnya, negara tersebut bukan sahaja dipandang serong oleh negara lain, malahan hubungan dagangan yang sedia ada juga akan terputus dan ekonomi negara akan terjejas teruk lalu agenda pembangunan negara akan terbantut. Oleh itu, perbuatan rasuah yang bagaikan duir dalam daging hendaklah dibanteras sejak awal-awal lagi.

Kesimpulannya, rasuah merupakan musuh negara yang merbahaya dan perlu dibanteras melalui kerjasama anggota masyarakt dan pihak berkuasa. Adakah kita rela melihat tabiat buruk ini terus menular? Tegasnya, adalah pentng bagi semua pihak untuk melaporkan gejala rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM). Islam mengharamkan umatnya memberi dan menerima rasuah. Jika kita rasa saying akan negara kita, cegahlah rasuah sebelum parah. Sesungguhnya, amalan rasuah hanya menjual prinsip dan maruah diri serta merugikan semua pihak.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments